Minggu lepas ada program Sentuhan Kasih di galeri.
Setiap tahun pada bulan Ramadhan PETRONAS akan adakan program Sentuhan Kasih ini khas untuk anak-anak yatim. Mana² staff yang berminat untuk join program ini boleh la ambil anak² ini sebagai anak angkat. Banyak aktiviti dijalankan untuk merapatkan ikatan silaturrahim antara anak dan juga ayah/mak angkat ini. Antaranya ke Petrosains, Galeri dan juga yg pastinya shopping!! Seronok sungguh mereka membawa 3/4 shopping beg.
Bila program diadakan di tempat keje aku ini, tetiba hati jadi sayu. Amat sayu. Kesian melihat anak² kecil sekecil 3 tahun tidak ada ayah dan ibu ataupun yang dihantar ke rumah² anak yatim kerna kehidupan serba kekurangan.
Program terakhir sudah semestinya berbuka puasa di Convex. Meriah betul. Macam² juadah yg ada.. yang paling laris sudah semestinya aiskrim. Yummy!!! Aku tunggu sehingga selesai majlis. Melihat anak² ini membawa pulang byk shopping beg di kiri kanan, risau pula hilang barang tu nanti.
Haihh.. Andainya aku mampu menggembirakan anak² ini..
Always...
2 comments:
zan..awak ada ambik dorg sbg anak angkat tak? sedih kan....kesian nyeee....
saya tak sempat nak amik nik.. bila cek permohonan dah tutup..
sian kat anak² tu.. dah la kecik² je.. comei lak tu..
Post a Comment